Monday, July 24, 2006

MINJAROES, menjana kebangkitan Insan sejagat!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Bismillahirrahmanirrahim.

Segala puji kepada Allah Subhanahu Wa Ta'ala di atas limpah kurniaNya kepada saya yang terasa perlunya diri ini berkongsi segala ilmu dan pengetahuan yang dianugerahi kepada diri untuk kebaikan bersama.

MINJAROES, satu konsep dan pendekatan eksklusif yang dirangka bagi menangani perubahan.
Ia adalah singkatan daripada perkataan Minda (IQ), Jasmani (FQ), Rohani (SQ), Emosi (EQ) dan Sosial (RQ).

Konsep 3H (Heads On, Hands On & Hearts On ) merupakan satu konsep carakerja yang akan meningkatkan mutu dan hasil pendekatan pembelajaran yang mengadunkan konsep menjadi teras, prinsip menjadi amalan dan nilai menjadi budaya!

Berlandaskan pendekatan ini, modul MINJAROES Learning dibentuk untuk menangani keseimbangan Minda, Jasmani, Rohani, Emosi dan Siasah Sosial bagi setiap insan yang mahukan peningkatan keupayaan jati diri dan kejayaan diri sendiri mengikut satu sistem yang holistik dan akan menambah mutu peribadi insan yang serba boleh dari segala segi.

Aspek perhubungan sosial akan disuntik kedalam peribadi seseorang yang mengikuti kursus MINJAROES ini dengan beberapa nilai yang sering di abaikan dalam usaha menjana kecemerlangan diri iaitu elemen komunikasi, daya keusahawanan, sahsiah dan berdaya saing di dalam pasaran niaga dan juga alam pendidikan di dunia akademik.

Program 3H yang saya ilhamkan digariskan dengan memberi penekanan terhadap modal insan yang secara khusus akan mengajak peserta melakukan anjakan paradigma, teknik bertindak dan memupuk nilai nilai murni didalam kehidupan.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home